Terlalau lama rasanya tak menaip di sini, entahkan rindu atau gatal tangan yang menarik diri memaksa jari jemari ligat menekan ‘keyboard’. Jauh di sudut hati menyesal pula tinggalkan blog ini terbengkalai, sayang…
Blog yang ada sekarang konon-kononnya dalam bahasa Inggeris, tapi kadang-kadang rasa tak seronok pula, susah nak ‘external’kan ‘feeling’ kalau bahasa penyampaian bukan bahasa ibunda (atau sebenarnya saya tak tahu berbahasa Inggeris?) Jadi, apa salahnya kalau sekali-sekala menarikan jari di sini dan berkongsi cerita. berkongsi cerita? Tiada apa yang menarik hujung minggu begini, syawal sudah pun di penghujung, ‘open house’ pun sekadar dua tiga yang tinggal (wah, bunyinya macam tak puas lagi beraya).
November, malamnya sudah mula awal, panjang, lama dan sejuk. Siangnya pendek. Seronok kalau habiskan masa berselimut atas katil sahaja hujung-hujung minggu begini, tapi itu tiada kerja namanya!
Sebenarnya saya mahu berkongsi satu berita gembira dengan kamu. Entah computer siapa yang jadi gateway, tau-tau saja ‘wireless connection icon’ di toolbar monitor saya menyala. Apalagi, terus cuba buka internet explorer dan wah, lajunya….
Inilah yang tiba-tiba bersemangat menulis di blog, sehari suntuk masih menghadap komputer, sudah lama tak explore alam internet ni, sehinggakan terbengkalai segala kerja-kerja yang telah dirancang awal pagi tadi…
Akhirnya…
Tapi tak tahulah sampai bila rezeki yang satu ni Allah nak beri, apa pun takkan berputus asa atas rahmatNya…
Esok saya tak sabar-sabar untuk ke ’sport zal’ (kompleks sukan), saya mahu bermain basketball, sudah lama rasanya saya tidak membaling bola (lamakah dua minggu?). Minggu lepas saya tidak dapat bermain kerana diserang diarrhea. Alhamdulillah tak kena hypovolemic shock, entah di mana silapnya saya makan. Itu, bagi saya satu ujian…
Minggu depan halaqah akan bertemu korum kembali, lama tidak mengisi hati yang sudah hampir kering ini dengan ilmu-ilmu yang baru dan segar, ah rindunya! Dan minggu-minggu seterusnya saya harap tak akan lagi kebosanan dengan rutin-rutin harian yang kerap berulang…
Okaylah, bak kata seorang sahabat yang disegani kerana kata-katanya, "Duduk depan komputer lama-lama sangat pun tak elok…"
so, ciaou!!
Saya ada nota clinical surgery yang perlu disiapkan, guru surgery yang satu ini, soalannya kadang-kadang tak dapat diduga, apakah…
Tapi, laparnya, oh! Saya ingat nak buat roti garlic dan air teh ‘Persian Earl Grey’. Mmmm, bunyi macam sedap… jaa mata!
wassalam.
*mencari masa untuk menulis kembali*
*perah otak, perah otak*
oh, kamu perlu tengok fotopages ini, sungguh ‘artistic’!